Thursday, October 22, 2009

Ono Bundle Kena Serbu




Meriahnya Ono Bundle

18 oktober lalu, Ono Bundle kena serbu habis-habisan. Ha.. sebabnya, Ono Bundle meraikan ahli-ahlinya dalam Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di kedai Ono Bundle, Jalan Kapar. Seawal jam 2 petang lagi kedai ono telah diserbu hinggalah ke lewat petang. Antara menu menarik termasuklah nasi impit, kuah kacang, sate, kerang bakar dan 8 balang air!! Memang gempak. Siap ada cabutan bertuah dan hadiah untuk jemputan lagi. Terima kasih kepada semua tetamu, saudara mara dan rakan-rakan superbike!! Jangan lupa terus kunjungi Ono Bundle dengan pelbagai koleksi terbaru dengan harga terhebat untuk anda!!


E-One (pemilik Ono Bunle) bersama antara rakan-rakan Superbike yang memeriahkan acara


Adik-adik dan pakcik pun ada..


Bukan main sibuk lagi tuan rumah




E-One dan isteri






Gaya tersendiri tetamu




Beratur panjang untuk makan sate..