Sunday, February 22, 2009

BELASUNGKAWA : ALLAHYARHAM HUSSAIN BIN HAJI MUSRAN

DUKACITA dimaklumkan bahawa ayahanda saya, Hussain Bin Haji Musran, 54 tahun, telah kembali kerahmatullah pada jam 12.30 pagi 11 Februari 2009 lalu. kerana sesak nafas. Untuk makluman, Onobundle merupakan syarikat yang diusahakan bersama adik beradik termasuklah Ayah yang juga turut sama memberikan sokongan di kedai kami. Harap maaf kerana kedai terpaksa ditutup beberapa hari sebelum ini. Moga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah...

Wednesday, February 4, 2009

Monday, February 2, 2009

REMAJA : 15 FEBRUARI 2009

JIKA anda peminat bundle tetapi masih ragu-ragu dengan Ono Bundle, apa kata anda saksikan sendiri kedai kami, perkhidmatan dan keistimewaannya menerusi rancangan Remaja di TV3 pada 15 Februari ini. Pastikan 7.00 malam dah bersedia depan tv yea! Anda memang tak rugi kalau berkunjung ke sini. Diskaun hebat untuk ahli di 6 cawangan rakan niaga Ono Bundle, jahitan dan kepelbagaian. Dari pakaian kanak-kanak, kemeja, jeans, kasut hinggalah pakaian sukan untuk lelaki dan wanita. Datang sekarang! Ajak kawan-kawan sekali ye!